Wednesday, June 6, 2018

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
1)      Laporan Cheeseman
      Antara aspek penting dalam laporan ini adalah:
(i)                 Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran sekolah vernakular rendah
(ii)               Pelajar sekolah rendah berpeluang belajar bahasa Inggeris
(iii)             Sekolah menengah ada dua jenis sahaja
(iv)             Pendidikan Vokasional dilaksana sepenuhnya

2)       Laporan Barnes
 Jawatankuasa yang diketuai I.J. Barnes digerakkan pada tahun 1950 sehingga tahun 1951   bagi menyemak dan memperbaiki pendidikan kaum Melayu. Bangkangan kaum Cina menyusuli laporan ini kerana ia dianggap upaya untuk melenyapkan bahasa dan kebudayaan mereka. Cadangan-cadangan dikemukakan seperti berikut:
(i)                 Matlamat pendidikan membentuk satu bangsa pelbagai kaum
(ii)               Sekolah vernakular diganti dengan sekolah kebangsaan
(iii)             Salah satu antara Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar di sekolah ini
(iv)             Kanak-kanak umur 6-12 tahun mendapat pendidikan  percuma
(v)               Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di peringkat menengah
(vi)             Pembinaan sekolah vokasional
(vii)           Menekankan subjek Sains, Seni, Sains Rumah Tangga dan SeniPerusahaan
(viii)         Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan mengurus dana kewangan sekolah
(ix)             Jemaah Nazir Persekutuan diwujudkan
(x)               Maktab perguruan berasrama bagi pemilik Sijil Persekolahan



3)      Laporan Fenn-Wu
Sir Henry Gurney melantik satu jawatankuasa baharu yang dikelolakan oleh Dr. W.O. Fenn serta Dr. Wu Teh Yau pada tahun 1951. Berikut ialah hasil laporan:
(i)                 Orang Cina mesti diberi ruang bagi membentuk budaya Negara
(ii)               Menggesa orang Cina mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
(iii)             Kerajaan Inggeris menggalakkan mereka menguasai ketiga-tiga bahasa
(iv)             Pengajaran Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diperbaiki
(v)               Mencukupkan bilangan guru terlatih di sekolah Cina
(vi)             Menambah bantuan kewangan sekolah Cina
(vii)           Buku teks sekolah Cina disemak dan diserapkan unsur masyarakat tempatan
(viii)         Dasar Pendidikan Negara bermatlamat membentuk kewarganegaraan Melayu
(ix)             Kanak-kanak disediakan untuk menempuh kehidupan mengikut latar belakang kaum Melayu

4)      Ordinan Pelajaran 1952
Satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes.  Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan Tanah Melayu. Ia telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada September 1951. Malangnya, ia tidak dapat terlaksana atas fakor masalah kewangan. Antara cadangan yang dikemukakan adalah:
(i)                 Mengadakan sekolah berbahasa pengantar Melayu dan satu lagi sekolah berbahasa pengantar Inggeris
(ii)               Bahasa Tamil dan Cina diajar jika ada minimum 15 orang pelajar mahu mempelajarinya
(iii)              Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris, begitu juga sebaliknya

No comments:

Post a Comment

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA 1)       Laporan Cheeseman       Antara aspek penting dalam laporan ini adalah: (i)   ...